Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
kes

`Saya sumbang RM1 juta kepada BERSATU kerana percaya Muhyiddin boleh bantu dapat projek'

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Pengarah syarikat Metrasys Sdn Bhd, Lian Tan Chuan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia percaya Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membantu syarikatnya dianugerahkan projek bernilai RM141 juta di bawah Program Jana Wibawa.

Tan Chuan berkata keyakinan ini menyebabkan dia memberikan sumbangan RM1 juta kepada parti BERSATU atas permintaan ahli perniagaan Datuk Azman Yusoff.

Beliau percaya peranan Muhyiddin kerana surat permohonan awal syarikatnya Neptulis Sdn Bhd dihantar kepada Muhyiddin untuk sokongan dan melalui proses penilaian di Kementerian Kewangan.