Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen UKM Ke-54.
Pengiktirafan ini diberikan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Datuk Azizulhasni melihat penganugerahan ini sebagai amanah untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui pembangunan sukan.


