Rumah Ronald McDonald di Kota Bharu berfungsi sebagai tempat teduhan sementara bagi keluarga pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
Rumah ini menjadi saksi kepada air mata, doa yang tidak pernah putus, pengorbanan dan harapan ibu bapa yang setia menemani anak-anak mereka yang diuji dengan penyakit.
Walaupun keluarga-keluarga ini tidak saling mengenali sebelumnya, perkongsian kesakitan dan perjuangan akhirnya merapatkan mereka dan membentuk sebuah keluarga kecil yang saling menguatkan.

