Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur telah mengeluarkan 283 saman dan menyita 26 motosikal dalam operasi khas membanteras lumba haram di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang pada hari Ahad lalu.
Operasi melalui Unit Falcon dilaksanakan dari jam 3 pagi hingga 5 pagi susulan aduan berterusan daripada orang awam mengenai kegiatan lumba haram dan samseng jalanan di kawasan berkenaan.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, menunjukkan komitmen serius dalam mengendalikan aktiviti haram yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.


