Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman menafikan dakwaan bahawa mereka terlibat dalam insiden keganasan fizikal terhadap seorang pembantu rumah Indonesia yang menjadi viral di media sosial pada 13 Jun lalu.
Melalui peguam mereka dari firma Arief & Iskandar Advocates & Solicitors, kedua-dua artis tersebut menegaskan bahawa mereka bukan individu dalam video berdurasi tiga minit 29 saat itu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden berkenaan.
Mereka juga mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan pelbagai hantaran berunsur fitnah di platform media sosial seperti Threads, Instagram dan Facebook yang mengaitkan mereka dengan kes tersebut.


