Ramai masyarakat Malaysia masih keliru membezakan sakit saraf dan sakit sendi, dengan ada menganggapnya sekadar masalah biasa yang boleh pulih sendiri tanpa rawatan profesional.
Hakikatnya, kelewatan dalam mendapatkan rawatan bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan malah mendedahkan pesakit kepada risiko kerosakan organ atau penyakit lain akibat kebergantungan yang berlebihan kepada ubat tahan sakit.
Menurut Pakar Perunding Ortopedik Am Dr Mohd Hanifah Jusoh, sakit saraf berlaku akibat kecederaan atau saraf tersepit, dengan pesakit mengalami kebas, sakit mencucuk-cucuk atau seperti terkena kejutan elektrik pada anggota badan.



