Kru penerbangan AMAL, anak syarikat Malaysia Airlines, menjadi wajah pertama menyambut jemaah umrah dan haji dalam perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Tanah Suci dengan dedikasi penuh untuk memastikan keselamatan dan keselesaan.
Pramugari AMAL Nurjannahadibah Naim berkata bahawa kebanyakan jemaah haji yang dibawa adalah warga emas yang memerlukan pendekatan lebih lembut dan penuh kesabaran sepanjang perjalanan.
Kru penerbangan ini memikul tanggungjawab besar dalam memberikan sokongan emosi kepada para jemaah, terutama mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke perjalanan suci ini.



