Seorang guru didedahkan melalui rakaman video di media sosial kerana memperlekeh seorang murid dan menyentuh pekerjaan ibu bapanya dengan nada tidak wajar.
Insiden ini menimbulkan keprihatinan tentang integriti dan pertimbangan sebahagian guru yang hanya melaksanakan rutin tanpa penghayatan terhadap amanah mendidik.
Kejadian sebegini mencalarkan imej profesion perguruan yang telah dihormati sekian lama, kerana kesalahan kecil boleh merosakkaan kepercayaan masyarakat terhadap seluruh profesion tersebut.



