Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim menegaskan bahawa penganjuran pertandingan dalam Islam adalah harus tetapi boleh menjadi haram jika mengandungi unsur perjudian yang jelas.
Elemen utama yang perlu diberi perhatian ialah pengumpulan yuran daripada peserta dan penggunaan yuran tersebut sebagai sumber hadiah kemenangan.
Situasi ini dipandang sebagai 'menang atas kerugian orang lain' yang merupakan ciri utama perjudian dalam Islam.



