Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sedang dalam proses penyelarasan peringkat akhir untuk mengurus semula Bazar Abdul Rahman Auf di Rantau Panjang yang telah suram tanpa aktiviti perniagaan sejak beberapa tahun lalu.
Datuk Zamri Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, berkata pihaknya telah mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan sedang menyelaras terperinci dengan Majlis Daerah Pasir Mas.
Usaha ini bertujuan untuk menghidupkan semula pusat komersial tersebut agar dapat berfungsi kembali memberikan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.



