Universiti Malaya memohon maaf atas kekhilafan dan sebarang kegusaran timbul susulan pementasan teater oleh pasukan teater kolej yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh dan tular di media sosial.
UM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah maklum mengenai adegan dalam persembahan teater yang tular dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Insiden ini mencerminkan perlunya pengawasan lebih ketat terhadap aktiviti seni dan hiburan dalam institusi pendidikan tinggi.



