Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan telah mempelawa Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi naik komuter bersama dalam program di bawah Kementerian Pengangkutan di Johor pada Selasa depan.
Jemputan ini dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi UMNO Johor yang menyatakan lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP.
Kementerian Pengangkutan akan melancarkan inisiatif baru perkhidmatan KTM Komuter Selatan dari Kulai hingga Johor Bharu tanpa memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan.


