Seorang guru di Kota Bharu telah ditahan untuk membantu siasatan kematian seorang pelajar perempuan yang dirempuh kenderaan SUV di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengumumkan bahawa guru tersebut akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian seseorang.


