Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu melalui inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda di bawah 40 tahun.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata permohonan yang diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri UMNO, menunjukkan sambutan meluas dari pelbagai lapisan parti.
Inisiatif Rumah Bangsa ini berjaya menarik minat golongan muda untuk menyertai UMNO, mencerminkan usaha parti untuk meremajakan keahlian dan mempersiapkan generasi pemimpin masa hadapan.

