Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Kebun Komuniti Kondominium Villa Puteri model semangat kebersamaan warga kota

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
16 April 2026, 10:23 PG MYT
Aktif 20min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Projek kebun komuniti di Kondominium Villa Puteri, Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi contoh terbaik semangat kebersamaan penduduk bandar bersatu hati dalam mengusahakan tanaman di tengah pembangunan ibu kota yang pesat.

Inisiatif ini berfungsi sebagai platform riadah dan senaman ringan untuk gaya hidup sihat sambil membantu mengurangkan kos perbelanjaan melalui hasil sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan yang dituai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di bawah Agenda Tempatan 21 mempunyai unit khusus pertanian bandar yang menyediakan bantuan berupa kursus dan pendidikan asas dalam aktiviti pertanian urban farming.