Polis Kelantan sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan penjual dalam talian yang mempamerkan kekayaan luar biasa di media sosial bagi mengesan sebarang unsur pengubahan wang haram.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata walaupun aktiviti jualan golongan itu tidak dikesan membabitkan unsur penipuan, tindakan mempamerkan gaya hidup mewah termasuk wang tunai dalam siaran langsung menarik perhatian polis.
Pemantauan ini dilakukan dari aspek kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang haram yang melibatkan golongan pelaku aktiviti komersial dalam talian.


