Teknologi terkini seperti kecerdasan buatan dan aplikasi Chat GPT wajar dimanfaatkan oleh pelajar namun mereka diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepadanya.
Perkembangan teknologi tidak boleh ditolak bulat-bulat dan sewajarnya dimanfaatkan mengikut keperluan semasa dalam pendidikan.
Pelajar perlu membiasakan diri menggunakan pemikiran sendiri dalam menyelesaikan tugasan sekolah untuk memastikan pembelajaran yang berkualiti dan pembangunan kemampuan berfikir.


