Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, memberikan pesanan nasihat kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan menduduki ujian bertulis bermula esok hari agar tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri serta cukup tidur dan berehat.
Fadhlina mengingatkan calon supaya tidak terlalu memikirkan tekanan peperiksaan sebaliknya memasuki dewan ujian dengan hati tenang dan yakin.
Pesanan ini disampaikan menerusi media sosial Facebook untuk memberikan sokongan dan motivasi kepada semua calon SPM.


