Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Saintis UMS temu spesis kulat 'bertanduk' pertama di dunia

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
12 April 2026, 07:23 PTG MYT
Aktif 12h 47min lalu
·🌐 Lahad Datu

Lahad Datu: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah dalam dunia sains apabila menemukan spesis kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

Spesis yang dinamakan Pleurocordycepscornusynnemata itu disahkan sebagai penemuan pertama seumpamanya di dunia menerusi penerbitan dalam jurnal taksonomi antarabangsa Phytotaxa, semalam.

Menurut Prof Madya Dr Jaya Seelan Sathiya Seelan dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, kulat berkenaan mempunyai struktur fizikal menyerupai tanduk, sekali gus membezakannya daripada 26 spesies lain dalam genus Pleurocordyceps yang sebelum ini direkodkan di China, Thailand dan Jepun.