Lima mangsa kapal KM Nurul Salsa yang karam di perairan Sulawesi Selatan, Indonesia telah ditemukan selamat pada hari Sabtu selepas empat hari terperangkap di laut.
Mereka diselamatkan berhampiran Pulau Matallang setelah ditemukan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan berkenaan dan menyelamatkan mereka dengan berpaut pada unjam.
Operasi pencarian masih diteruskan untuk mencari 20 lagi mangsa yang masih hilang dengan bantuan agensi mencari dan menyelamat Indonesia.


