Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
lain-lain

96,013 orang pelajar Tingkatan 6 terima BAP sebanyak RM14.4 juta

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Putrajaya

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM14.4 juta kepada sebanyak 96,013 pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara sebagai cerminan komitmen kerajaan mengurangkan beban kewangan.

Bantuan tersebut melibatkan pelajar Tingkatan 6 yang baru mendaftar pada 8 Jun selaras kelulusan peluasan pemberian BAP kepada murid Tingkatan 6 pada tahun 2025.

Seramai 52,810 orang murid Tingkatan 6 baharu di 616 buah Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara akan menerima BAP sebanyak RM150 bagi setiap pelajar individu.