Johor Darul Ta'zim mengaut habuan AS$1.7 juta meskipun tersingkir di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit selepas kalah tipis 1-2 kepada Al-Ahli.
Pertandingan berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City Jeddah pada hari Jumaat dimana Harimau Selatan menampilkan prestasi yang kompetitif terhadap juara bertahan dari Arab Saudi.
Walaupun mengecewakan dari aspek pencapaian, perolehan wang tunai yang berjaya dibawa pulang menunjukkan nilai prestasi pasukan dalam kompetisi peringkat Asia.


