Pelakon Amyza Aznan memberitahu bahawa anak kedua beliau, Adrian Adam Khairil Idzhar berusia 18 tahun yang menghidapi kanser tulang, dijangka menunjukkan perubahan kesihatan yang lebih ketara selepas menjalani proses rawatan ketiga.
Adrian masih berada pada fasa awal rawatan dan kesan sampingan yang ditunjukkan setakat ini masih minimum selepas menjalani dua rawatan.
Amyza mengakui bahawa masih terlalu awal untuk berkongsi perkembangan terperinci kerana semua perkara masih dalam tahap permulaan perjalanan rawatan yang panjang.


