Agrobank menyatakan komitmen untuk memastikan pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kemudahan Bantuan Kestabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana memberikan manfaat maksimum kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana menghadapi cabaran ekonomi global.
Kemudahan khas berjumlah RM5 bilion diperkenalkan kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara di tengah krisis rantaian bekalan global dan konflik geopolitik.
Sebagai institusi kewangan pembangunan yang memfokus sektor agromakanan, Agrobank memahami cabaran yang dihadapi usahawan dan berusaha menyediakan sokongan kewangan yang relevan untuk membantu mereka bertahan dan berkembang.

