Agrobank memperkukuh penyampaian bantuan yang bersasar untuk memastikan golongan rentan tidak tercicir daripada jaringan bantuan dan perkhidmatan kewangan yang disediakan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin menekankan komitmen untuk memperkemas proses dan memperluas capaian bantuan.
Fokus utama Agrobank adalah memastikan bantuan mencapai pihak yang tepat pada masa yang tepat melalui proses yang tidak membebankan penerima.


