Penyanyi dan komposer Ajai menyambut baik cadangan untuk mengembalikan tiga kategori utama Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Pop Rock, Irama Malaysia dan Balada seperti penganjuran terdahulu.
Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas meyakini pengasingan kategori tersebut sangat bagus kerana ia mampu memberi kefahaman yang lebih tepat kepada masyarakat.
Langkah ini dilihat penting untuk mendidik masyarakat mengenai erti sebenar konsep muzik dan memperkuat industri muzik negara secara keseluruhan.


