Vokalis kumpulan Meditasi, Burn, masih terkejut dengan pemergian sahabat seperjuangan pemain dram Raja Azreen Raja Talib, 56, yang meninggal ketika menjayakan persembahan di Rock Festival Teruntum, Kuantan, malam tadi.
Pemergian Raja Azreen berlaku secara mengejut kerana arwah tidak menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan sepanjang persiapan persembahan dan latihan tiga hari di Raub, Pahang.
Kehilangan ini sangat mendalam bagi Burn yang telah berkongsi pentas dengan Raja Azreen selama lebih tiga dekad dalam perjalanan seni bersama.

