Amerika Syarikat melancarkan gelombang baharu serangan terhadap Iran pada malam Ahad bagi melemahkan keupayaan ketenteraan Iran yang digunakan menyerang kapal komersial dan pelaut di Selat Hormuz yang strategik.
Markas CENTCOM mengesahkan serangan itu dilakukan ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak dan perjanjian awal untuk menamatkan perang gagal.
Keganasan terbaharu ini mencerminkan usaha AS mengawal keadaan di selat penting untuk memastikan kelancaran bekalan minyak dunia.


