Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan bahawa Sambutan Jubli Perak bersempena 25 Tahun Pemerintahannya perlu dilaksanakan secara sederhana dengan mengurangkan beberapa program yang telah diatur sebelumnya.
Keputusan tersebut dibuat selepas berunding dengan Ahli Dewan di-Raja Selangor dengan mengambil kira keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.
Sultan menyatakan kesyukuran kerana berpeluang terus berkhidmat kepada rakyat Selangor dengan bijaksana.




