Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
dunia

Beg tangan kulit sel T-Rex tidak laku dijual

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
13 Jun 2026, 12:30 PTG MYT
Aktif 48min lalu
·🌐 Paris

Sebuah beg tangan kulit unik yang diperbuat daripada sel dinosaur Tyrannosaurus rex atau T-Rex gagal dijual pada lelongan di Paris pada hari Khamis kerana nilai bidaan jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan.

Firma Lelongan Giquello sebelumnya menyasarkan barangan unik itu dapat mencecah nilai jualan lebih daripada A$500,000 atau bersamaan RM2 juta.

Dewan Lelongan Drouot yang menjadi lokasi jualan mendedahkan bahawa angka bidaan yang diterima jauh kurang memuaskan daripada sasaran awal.