Bekas pegawai Pertubuhan Ikram Malaysia, Fakhrudin Abd.
Karim, 57 tahun, didakwa dengan 158 pertuduhan rasuah melibatkan nilai RM98.27 juta antara 2021 hingga tahun lalu.
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh berhadapan dengan hukuman denda setengah bilion ringgit atau maksimum RM500 juta.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas semua pertuduhan secara berasingan dalam prosiding yang berlangsung lebih dua jam.


