Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Bekas pemenang pilih juara 25 kategori FFM 35

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 memperkenalkan format penjurian baharu apabila juara kategori bakal ditentukan bekas pemenang trofi FFM yang lalu.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, berkata pendekatan itu diambil bagi memberi ruang kepada penggiat industri filem memilih penerima anugerah terbaik, sekali gus memastikan keputusan akhir lebih mencerminkan penilaian mereka terhadap kualiti sesebuah karya.

Hans menambah, format penjurian baharu itu adalah hasil cadangan pelakon, Bront Palarae yang berkongsi pengalaman mengenai kaedah pemilihan pemenang di pelbagai festival dan pasaran filem antarabangsa sebelum dipersetujui FINAS untuk dilaksanakan pada FFM 35.