Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Bekas PTD, isteri terima 45 dokumen kes pengubahan wang haram

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
18 Mei 2026, 07:47 PTG MYT
Aktif 11h 5min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Sebanyak 45 jenis dokumen termasuk rakaman percakapan dan penyata akaun bank telah diserahkan kepada pihak pembelaan dalam kes bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya yang menghadapi pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya semasa prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen hari ini mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan menganggarkan tiga set dokumen akan diserahkan secara berperingkat kepada pihak pembelaan dalam proses perundangan ini.