Seorang lelaki di Qinzhou, China telah berenang selama tiga jam melalui banjir demi memastikan keselamatan ibu bapanya, tindakan yang menyentuh hati jutaan penduduk di China.
Banjir yang melanda wilayah autonomi Guangxi Zhuang akibat hujan lebat berterusan dan beberapa empangan pecah telah meragut 39 nyawa dan menjejaskan hampir 400,000 penduduk.
Antara 3 hingga 6 Julai, taburan hujan terkumpul di selatan Guangxi mencecah 400-600 milimeter sementara bandar Qinzhou merekodkan hujan lebih daripada 800 milimeter.


