Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengumumkan bahawa pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dilakukan secara berperingkat untuk mengelakkan gangguan terhadap operasi industri sedia ada.
Pendekatan progresif ini penting untuk memastikan operasi di pusat adunan disusun dengan teliti tanpa menjejaskan rantaian bekalan semasa.
Adunan boleh dinaikkan daripada B10 kepada B15 sekiranya penyusunan operasi di pusat adunan dapat diatur tanpa perlu menaik taraf infrastruktur yang kompleks.


