China sedang merancang untuk melaksanakan misi pertahanan planet pertamanya dengan menghentam asteroid menggunakan kapal angkasa yang bergerak pada kelajuan lebih daripada 9 kilometer sesaat untuk menguji keupayaan mengubah laluan objek angkasa berpotensi ancam Bumi.
Menurut South China Morning Post yang memetik kertas penyelidikan baharu, misi ini dijangka dilaksanakan sebelum tahun 2030.
Misi China ini disifatkan lebih bercita-cita tinggi berbanding dengan misi Double Asteroid Redirection Test (DART) yang telah dijalankan oleh NASA.


