Data peribadi rakyat Malaysia menjadi buruan di pasaran gelap kerana mengandungi profil hampir lengkap yang mudah dimanipulasi oleh sindikat jenayah siber termasuk penggodam dan penipu dalam talian.
Data peribadi Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran gelap dengan nilai sehingga jutaan ringgit disebabkan kelengkapan maklumat yang terkandung.
Maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, e-mel dan butiran perbankan menjadi sasaran utama pencerobohan data apabila dimuat naik atau dikongsi di laman web.

