Pelawak veteran Abon berusia 66 tahun mengalami masalah jantung serius yang disebabkan oleh batuk berpanjangan selama enam bulan, menyebabkannya dikejarkan ke hospital.
Isterinya, Fauziah Muksin, mendedahkan bahawa Abon mengalami sesak dada pada 28 Jun lalu semasa mereka mengusahakan perniagaan produk sos di Ipoh, Perak.
Faktor cuaca panas dan keadaan Abon yang terlalu aktif berniaga menyumbang kepada rasa penat melampau sebelum dia diserang sakit dada.

