Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditahan polis kerana bertindak sebagai 'tekong darat' yang membawa pendatang tanpa izin dengan upah RM100 untuk setiap orang, selepas ditangkap di Kampung Bunohan, Tumpat, pada Isnin malam.
Remaja yang didapati positif dadah telah menggunakan kenderaan Mitsubishi Triton milik abangnya secara senyap-senyap untuk menyeludup pendatang asing dari sempadan ke Stesen Bas Kota Bharu.
Anggota Batalion 9 PGA berjaya memintaskan kenderaan terbabit selepas mengekorinya yang memecut laju di Jalan Terbok-Kelaboran Belukar.




