Dua beradik Zarra Zhaff dan Karl El menerima pujian penonton atas lakonan mereka dalam filem seram Khadam dengan masing-masing membawakan watak Puteh dan Hitam dengan berkesan dan matang.
Watak Puteh yang dimainkan oleh Zarra yang berusia 14 tahun dianggap antara kekuatan utama filem arahan Shamyl Othman itu kerana menampilkan sisi matang dan penuh emosi yang berbeza daripada kebanyakan karakter kanak-kanak yang pernah dilakonkannya sebelumnya.
Zarra mengakui menghadapi cabaran besar untuk menghidupkan watak Puteh dalam filem yang diproduksikan oleh Red Communications dan Komet Productions tersebut.


