Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
amerika selatan

Dua kapibara 'ceroboh' Dewan Undangan Negeri di Brazil

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
8 Ogos 2026, 06:09 PG MYT
Aktif 0s lalu

Cuiabá, Brazil: Rakaman video di sebuah bangunan dewan undangan negeri di Brazil menunjukkan pekerja menggunakan kemahiran mengendalikan haiwan bagi mengeluarkan 'penceroboh luar biasa' iaitu sepasang kapibara, lapor United Press International (UPI).

Video berkenaan menunjukkan dua ekor kapibara iaitu haiwan pengerat terbesar di dunia berjalan dengan tenang memasuki Dewan Undangan Negeri Mato Grosso di Cuiabá sebelum meneroka ruang legar ketika ahli dewan bersiap sedia untuk sesi pengundian di bahagian lain bangunan itu.

Bagaimanapun, pergerakan kedua-dua haiwan berkenaan dihalang di dalam bangunan.