Dua suspek dipercayai warga asing maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam serbuan untuk menyelamatkan mangsa culik di Taman Amira, Alor Setar, Kedah malam tadi.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas menjalankan serbuan di kawasan perumahan berkenaan.
Operasi penyelamatan mangsa culik ini berakhir dengan kematian suspek selepas pertembakan dengan polis.


