Industri halal Malaysia mencatatkan nilai eksport sebanyak RM68.52 bilion bagi tahun 2025, meningkat 10.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Halal Development Corporation Berhad (HDC).
Sumbangan eksport halal kepada keseluruhan nilai eksport negara juga meningkat kepada 4.3 peratus, menunjukkan kenaikan marginal 0.2 peratus berbanding prestasi 2024.
Prestasi mengagumkan ini didorong oleh permintaan global yang mampan walaupun industri menghadapi cabaran geopolitik dunia yang semakin dinamik dan kompetitif.


