Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sedang mengkaji mekanisme terbaik berkaitan cadangan levi ke atas kendaraan elektrik untuk menyokong pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.
Menteri MITI Datuk Seri Johari Ghani menjelaskan bahawa kerajaan masih belum memutuskan untuk mengenakan levi atau caj berkenaan dan sedang meneliti mekanisme yang paling sesuai untuk pelaksanaan.
Jika kos tersebut dikenakan ke atas pengeluar kenderaan elektrik, mereka kemungkinan besar akan melepaskan beban kos itu kepada pengguna akhir.


