Penyanyi Indonesia Fabio Asher dan Nadhif Basalamah akan berkolaborasi buat kali pertama dalam perjalanan seni mereka melalui konsert Rumah Hati yang dijadualkan di Mega Star Arena pada 26 Julai depan.
Kolaborasi istimewa ini menggabungkan emosi, penceritaan dan karya popular mereka, dan penting sekali kerana persembahan ini belum pernah dilaksanakan di Indonesia sebelumnya.
Persembahan ini membuka peluang bermakna bagi kedua-dua artis untuk berkongsi pentas dan memperluas jangkauan penggemar mereka di Malaysia.

