Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

Fadilah enggan gadai imej demi populariti TikTok

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mengakui tawaran lakonan yang diterimanya ketika ini tidak serancak dahulu, namun keadaan itu bukan alasan untuk beliau mengejar perhatian menerusi kandungan di media sosial, khususnya TikTok.

Fadilah, 68, berkata, meskipun melihat ramai rakan artis veteran aktif menghasilkan kandungan di platform berkenaan, beliau lebih selesa mengekalkan imej dan standard sebagai anak seni.

Kebiasaannya dalam tempoh dua bulan saya boleh dapat lima atau enam projek, tetapi bulan ini dan bulan lalu, saya hanya dapat dua naskhah sahaja.