Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
sukan

FAM boleh digantung FIFA angkara kenyataan Yusoff

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
21 April 2026, 05:34 PTG MYT
Aktif 12h 40min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Peguam sukan Nik Erman Nik Roseli menganggap kenyataan bekas pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi bahawa calon Presiden FAM memerlukan sokongan Tunku Mahkota Ismail sebagai 'berbahaya' dan campur tangan pihak ketiga.

Kenyataan tersebut didapati melanggar Artikel 19 Statut FIFA yang memperuntukkan persatuan bolasepak harus diuruskan secara bebas tanpa gangguan pihak ketiga yang tidak sah.

FIFA sangat serius mengenai perkara ini sehingga telah menggantung beberapa persatuan negara seperti Kenya, Pakistan, Kuwait, Indonesia dan Nigeria kerana melanggar prinsip ini.