Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Farm Fresh lebar sayap ke Kemboja, labur kira-kira RM286 juta

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
8 Ogos 2026, 06:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Kumpulan Farm Fresh Malaysia telah menandatangani kerjasama strategik bersama Alpha Group Kemboja, Pentadbiran Wilayah Pursat dan Sonavith Co Ltd untuk merancakkan sektor tenusu melalui perjanjian pajakan tanah bagi projek pelaburan penternakan tenusu berskala besar yang dikenali sebagai Farm Fresh Pursat.

Projek komersial ini berpusat di daerah Veal Veng, wilayah Pursat dengan kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar dan implikasi pelaburan keseluruhan mencecah kira-kira RM286 juta.

Langkah ekspansi ini menunjukkan keyakinan Farm Fresh Malaysia dalam pasaran Asia Tenggara dan usaha untuk meningkatkan kapasiti produksi tenusu rantau.