Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
asia

Genosid di Gaza belum berakhir, kempen 'They Lied to You' dedahkan realiti berbeza

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
19 Julai 2026, 07:03 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Istanbul

Aktivis di Istanbul telah melancarkan kempen digital menggunakan tanda pagar 'They Lied to You' untuk mengembalikan perhatian masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan penduduk Semenanjung Gaza yang berterusan.

Kempen yang dilancarkan pada 16 Julai itu disertai oleh wartawan, petugas kemanusiaan, kanak-kanak Gaza serta penyokong dari negara Arab dan luar rantau dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Mereka menegaskan bahawa penurunan liputan media antarabangsa tidak bermakna perang genosid telah berakhir atau penderitaan penduduk Gaza terhenti.