Syarikat penerbangan nasional Bahrain, Gulf Air telah membuka slot tempahan bagi perkhidmatan penerbangan terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula pada 29 September 2026.
Penumpang kini boleh membuat tempahan melalui laman sesawang gulfair.com, aplikasi mudah alih Gulf Air atau ejen pelancongan yang sah.
Penambahan Kuala Lumpur sebagai destinasi tetap ini merupakan pencapaian penting dalam strategi rangkaian Gulf Air untuk menawarkan akses terus kepada salah satu destinasi paling dinamik di Asia Tenggara.


